SHAH ALAM:Sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han.
Beliau berkata daripada 869 kilang tanpa kebenaran di sekitar sungai, sebahagian besarnya terletak di hilir sungai atau selepas muka sauk loji rawatan air (LRA).
Tambah Ng, daripada jumlah 869 kilang tanpa kebenaran di sekitar sungai, 546 adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya (23), Majlis Perbandaran Klang (20), Majlis Perbandaran Kajang (155), Majlis Perbandaran Selayang (75), Majlis Perbandaran Sepang (dua), Majlis Perbandaran Kuala Langat (27), Majlis Daerah Kuala Selangor (14) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (tujuh).
"Kerajaan negeri amat memandang serius isu kilang tanpa kebenaran namun sering kali terdapat kekeliruan terhadap status kilang ini.
"Saya ingin jelaskan, kilang tanpa kebenaran adalah kilang yang ada lesen perniagaan sementara tetapi belum memenuhi syarat teknikal seperti status tanah, pengezonan atau kebenaran merancang. Mereka bukan kilang yang menjalankan aktiviti haram," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.
BACA: 'Ramai salah faham, tiada kilang haram sepanjang Sungai Selangor' - Exco Selangor
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Adif Shan Abdullah (Bersatu-Dengkil) mengenai apakah tindakan proaktif kerajaan negeri menghalang operasi kilang haram.
Menurut Ng, kerajaan negeri berpandangan kilang tanpa kebenaran wajar diberi peluang dan disebabkan itu, Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran yang ditukar nama kepada Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Selangor yang berakhir 30 Sept lepas dilanjutkan sehingga 31 Dis ini.
Katanya, pelanjutan tempoh pemutihan itu berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik COVID-19 namun selepas tarikh akhir itu, tindakan lanjut secara bersepadu mengikut peruntukan undang-undang akan dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020
Ng berkata kerajaan negeri berpandangan kilang tanpa kebenaran wajar diberi peluang. -Bernama
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Indonesia kecam serangan bakar jahat ke atas ibu pejabat UNRWA
Insiden itu tidak dapat diterima kerana ia menjejaskan ibu pejabat sebuah agensi PBB yang beroperasi dalam sektor kemanusiaan.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Juruteknik maut kenderaan bertembung
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan.
Langsaikan hak kita sebagai pengundi
Warga emas yang terlantar di atas katil akibat lumpuh sanggup mengundi dan beliau nasihatkan semua pengundi supaya menunaikan hak.
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
JAS Kedah kesan longgokan sisa insulator, disyaki diproses kilang haram
JAS dapati kawasan bangunan yang menempatkan sisa tersebut telah ditinggalkan serta tidak lagi beroperasi.
Kilang lebur logam haram diserbu
Pengoperasian kilang haram itu dikesan hasil daripada aduan orang awam.
Usah lagi bertoleransi dengan kilang yang cemarkan sungai - Aktivis
Kilang-kilang haram perlu dibanteras sebaiknya kerana didapati melakukan banyak pencemaran air sebelum ini.
JAS arah kilang haram e-sisa di Juru ditutup serta-merta
Kilang itu didapati menjalankan peleraian buangan elektrik dan elektronik yang dikategorikan sebagai buangan terjadual.
Malaysia bukan kategori negara terkesan impak perubahan iklim - Tuan Ibrahim
Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Malaysia tidak dijemput kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.
5,589 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran, tapi bukan haram - Exco Selangor
Sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai.
'Ramai salah faham, tiada kilang haram sepanjang Sungai Selangor' - Exco Selangor
Ramai pihak juga salah faham dan mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
Isu Air Selangor: Mengapa beri peluang kepada pemilik kilang haram?
Selepas krisis bekalan air yang baru sahaja ke arah kembali ke normal, mengapa perlu tunggu sehingga hujung tahun".
Sultan Selangor titah rumah, kilang di tebing sungai dirobohkan
Baginda menyifatkan kilang haram tersebut berpotensi mencemari anak sungai dan sungai di Selangor.
5 pengusaha kilang haram di Kuala Langat dipenjara
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan operasi serbuan dan notis telah dikeluarkan kepada pengusaha kilang haram kitar semula plastik import di Kuala Langat.